Wednesday, December 15, 2010

MESYUARAT JK PERANCANG DAN PENGURUSAN SEKOLAH

Rabu, 15 Disember 2010 , jam 9.00 pagi hingga 2.15 petang, mesyuarat Jawatankuasa Perancang dan Pengurusan Sekolah kali ke 14. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh semua GPK dan Ketua Bidang, membincangkan tentang perancangan untuk tahun 2011. Bersesuaian dengan visi sekolah , iaitu SMKA TAHAP akan menjadi sekolah berprestasi tinggi menjelang tahun 2013, pengetua mengharapkan semua pihak bekerja kuat dan secara berpasukan.

Tuesday, November 30, 2010

SPM - ADD. MATH

Rabu, 1 Disember 2010, tarikh keramat, bermula jam 8.00 pagi..... anak-anak TAHAP, akan menjawab soalan Add. Math SPM.......... doa daripada cikgu, semua mencapai kejayaan ..... A...

Sunday, November 21, 2010

KEM GEMILANG KURIKULUM

Ahad 21 Disember 2010, Kem masa cuti iaitu kem gemilang kurikulum fasa 1 bermula dengan kehadiran pelajar-pelajar tingkatan 4. Seramai 114 orang pelajar tingkatan 4 telah mendaftar masuk ke asrama pada jam 5 hingga 6 petang tadi. Slot pertama bermula dengan slot motivasi oleh Kaunselor iaitu En.Zamri bin Abdullah. Turut hadir semasa slot berkenaan ialah Hjh. Noraini selaku Penyelaras Program dan Ketua Bidang Sc.Mt. serta En. Fozi. Program tersebut selama 12 hari meliputi subjek-subjek Matematik, Mate. Tambahan, Kimia, Fizik, Biologi dan Prinsip Akaun.

Monday, October 25, 2010

20102010

Pada hari Rabu, 20.10.2010, Mesyuarat Pelaporan Postmortem Peperiksaan Percubaan SPM 2010 di PPD Jerantut. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Tuan PPDJ sendiri. Turut hadir ialah Hj.Ab.Razak Ismail dan En. Rosli Rashid. Pembentangan telah dilakukan oleh Ketua Bidang Sains SMK Damak (Pn. Norizah), SMKA TAHAP( Pn. Hjh.Noraini) dan SMK P.Tawar(En. Rahim). Mesyuarat tersebut dihadiri oleh Pengetua-pengetua, Guru Penolong Kanan Kurikulum dan Ketua-ketua Bidang Sains Matematik untuk semua sekolah menengah di daerah Jerantut.

JOM MASAK KEK SARANG

Resepi Kek Kukus Sarang Semut
Bahan-bahan :
7 biji telur2 cawan tepung gandum2 cawan gula pasir2 cawan air1 tin (390g) susu manis3 sudu makan mentega1 sudu makan soda bicarbonate 1 sudu teh esen ros.

Cara penyediaan :
Hanguskan gula. Kemudian masukkan air diikuti mentega. Masak hingga mendidih. Tutup api dan sejukkan.Pukul telur sehingga kembang. Masukkan susu dan teruskan pukulan hingga rata. Masukkan tepung dan soda bicarbonate. Kemudian masukkan gula hangus dan pukul hingga rata. Akhir sekali masukkan esen ros dan kacau rata.Tuang adunan ke dalam loyang kek. Tutup loyang rapat-rapat dengan aluminium foil untuk mengelakkan wap air kukusan masuk ke dalam adunan.Kukus selama 1 1/2 jam.

Thursday, September 2, 2010

AKTIVITI HARI INI, KHAMIS 3 SEPT. 2010

1. Sampai di sekolah dan 'key in' kehadiran jam 6.58 pagi.
2. Jam 7.20 pagi, perhimpunan pagi pelajar dan guru di dataran kejat.
3. Jam 7.45 pagi, ke dewan sekolah, menjalankan tugas bersama beberapa orang guru dan pelajar sebagai JK Majlis Khatam Al-Quran.
4. Majlis Khatam Al-Quran bermula jam 8.30 pagi. Dihadiri oleh semua guru, kakitangan sokongan dan pelajar sekolah.
5. Jam 9.30pagi, berada di bilik pengetua, menjalankan tugasan yang diarahkan oleh Tuan Pengetua.
6. Jam 10.30 pagi hingga 1.00 petang, berada di dewan sekolah kerana mendengar ceramah ' Di ambang Syawal , oleh Ustaz Hamizi. Selepas ceramah, majlis penutup Program Ihya' Ramadhan peringkat sekolah.
7. Jam 2.30 petang, mesyuarat postmortem pep. percubaan PMR. Dihadiri oleh Tuan Pengetua, GPK Kokurikulum, semua ketua bidang dan semua guru yang mengajar tingkatan 3. Mesyuarat tamat jam 4.00 petang. Pada masa yang sama, Majlis Khatam Quran dikalangan semua pelajar di surau asrama.
8. Jam 4. 30 petang, 'key out' kehadiran dan balik ke rumah.

Sunday, August 22, 2010

JOM MASAK KEK

KEK BUAH CAMPURAN KUKUS

1. Ayakkan bersama 550 g tepung gandum, 2 camca cream of tartar dan 2 camca soda bikarbonat.
2. 375 atau 400 g buah campuran, gaul dengan bahan yang diayak tadi. Peram selama 1 hingga 2 jam.
3. 8 biji telor gred A atau B, pukul bersama 300 g gula.
4. 2 buku butter ( 500 g ), pukul hingga kembang. Masukkan telor yang dipukul tadi. Masukkan tepung yang diperam bersama buah campuran tadi.
5. Pindahkan adunan ke dalam acuan kek atau periuk khas.
6. 300 g gula pasir dihanguskan
7. Tuang cepat-cepat ke dalam adunan dan kacau cepat-cepat
8. Kukus selama 4 hingga 5 jam dengan api yang sederhana. ( pastikan air dalam periuk kukusan telah pun mendidih ). Selepas 2 jam, tambahkan air yang mendidih ke dalam periuk kukus supaya air dalam periuk tidak kering.
9. Tutup tudung periuk dengan tuala.

HABBATUS SAUDA

Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan keatas habbatus sauda. Habbatus Sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti:
· untuk menghasilkan kulit muka yang cerah
· membantu merawat batuk dan asma
· kencing manis
· selsema
· keguguran rambut
· tekanan darah tinggi
· masalah untuk tidur
· sakit-sakit otot dan sendi
· rasa loya dan muntah
· mengurangkan kolesterol
· merawat batu karang dan sebagainya. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ''Gunakanlah Habbatus Sauda' kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)" (HR.Bukhari, Muslim)

TUGAS KB ATAU GKMP

Tugas Guru Kanan Mata Pelajaran

1.1 Pemimpin Kurikulum
Membantu Pengetua/ GB
􀁸 Menetapkan matlamat kurikulum
􀁸 Menerajui pelaksanaan perubahan dan inovasi kurikulum
􀁸 Merancang dan menentukan pelaksanaan kurikulum
􀁸 Menentukan jenis- jenis mata pelajaran elektif
􀁸 Merancang dan mengurus program pengajaran dan pembelajaran (P&P)
􀁸 Memastikan sumber dan bahan P&P mencukupi
􀁸 Sebagai pendidik contoh, meningkatkan tahap profesionalisme keguruan
􀁸 Membudayakan ilmu

1.2 Pemantau Kurikulum
Membantu Pengetua/ GB
􀁸 Menentukan matlamat kurikulum sekolah dijayakan
􀁸 Mempastikan Kursus pengajian dipatuhi
􀁸 Menentukan bahawa amalan pengajaran dan pembelajaran adalah relevan

1.3 Penilai Kurikulum
Membantu Pengetua/ GB
􀁸 Mengubahsuai program dan aktiviti kurikulum bagi mencapai matlamat kurikulum
􀁸 Menilai keberkesanan amalan P&P
􀁸 Merancang mentadbir dan melaksanakan ujian dan peperiksaan
􀁸 Menilai pencapaian murid

Tuesday, March 23, 2010

AKTIVITI HARI INI

Selasa, 23 Mac 2010.....di TAHAP..
1. Tiba di sekolah jam 7.12 pagi...
2. Mengawas peperiksaan PKI di kelas 2 Ibnu Rusdy untuk subjek B.Inggeris, dari jam 8.00 hingga 9.30 pagi...
3. Seterusnya ke kantin.... breakfast... bincang dengan Pn. Hjh. Rosmiyah ( Fizik ), Pn. Yuhanis, Pn. Norazlina dan Pn. Noriza.
4. Seterusnya jumpa beberapa orang ex-tahap, yang diketuai oleh Sdri. Mastura ( Ketua Umum tahun 2007 ).
5. Jam 10.40 pagi... bincang dengan Pn. Hasma tentang perancangan dan strategi subjek Kimia.
6. Jam 11.15 pagi, bincang dengan En. Fozi tentang analisis perbandingan 5 tahun SPM.
7. Jam 12.00 tengahari, bincang dengan pengetua tentang beberapa perkara berkaitan dengan bidang Sains Matematik.
8. Jam 130 ptg.. sembahyang zohor di pejabat....
9. Jam 1.55 hingga 2.30 petang.... bincang dengan Pn. Norbazilah tentang strategi dan analisis SWORT Biologi.
10. Jam 2.35 petang, bincang dengan Pn. Zaitun tentang mesyuarat JK Perancang dan pengurusan sekolah.
11. Jam 2.45 ptg, kemas kini fail dan buat buku rekod mengajar.
12. Jam 3.50petang balik dari sekolah.

Monday, March 15, 2010

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN ( 2006 - 2010 )

6 TERAS STRATEGIK PIPP

1. MEMBINA NEGARA BANGSA
2. MEMBANGUNKAN MODAL INSAN
3. MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN
4. MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN
5. MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN
6. MELONJAKKAN KECEMERLANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN

Sunday, March 14, 2010

ENRICHMENT EXERCISES FOR MY LOVERLY CLASS 5 IK/2010

SMKA TENGKU AMPUAN HAJJAH AFZAN PAHANG.
ADDITIONAL MATHEMATICS , FORM 5 , 2010

NAME : …………………………………………………… CLASS : …………….
DATE : ……………………….. AND ………………………..

CHAPTER 5 : TRIGONOMETRIC FUNCTIONS AND GRAPH


1.SPM 2004 P2Q3
(a) Sketch the graph of y= cos 2x for [3 marks]
(b) Hence, by drawing a suitable straight line on the same axes, find the number of solutions satisfying the equation 2 sin2 x = 2- for (ans:2) [3 marks]

2. SPM 2005 P2 Q5
(a) Prove that [2 marks]
(i) Sketch the graph of y = cos 2 x for
(ii) Hence, using the same axes, draw a suitable straight line to find the number of solutions to the equation for . State the number of solutions. (ans:4) [6 marks]


3.SPM 2006 P2 Q6
(a) Sketch the graph of y = -2 cos x for [4 marks]
(b) Hence, using the same axes, sketch a suitable graph to find the number of solutions to the equation for . State the number of solutions. [3 marks]
(ans:2)


4. SPM 2007 P2 Q3
(a) Sketch the graph of y = . [4marks]
(b) Hence, using the same axes, sketch a suitable straight line to find the number of solutions for the equation . State the number of solutions. [3marks]

5. SPM 2008 P2 Q???
(a) Sketch the graph of y= sin x+1.for [3 marks]
(b) hence, using the same axes, sketch a suitable graph to find the number of solutions to the equation for . State the number of solutions. [3 marks]
(ans: 3)

HOMELEARNING FORM 4, PHASE I/2010

CHAPTER 2 : QUADRATIC EQUATIONS
and
CHAPTER 3 : QUADRATIC FUNCTIONS

1.SPM 2003 P1 Q3
Solve the quadratic equation 2x(x-4) =(1-x)(x+2). Give your answer correct to four significant figures. [3 marks]
(ans: 2.591, -0.2573)

2.SPM 2003 P1Q4
The quadratic equation x(x+1) = px-4 has two distinct roots. Find the range of values of p.
[3 marks]
(ans: 5, -3)

3.SPM 2004 P1Q4
From the quadratic which has the roots -3 and ½. Give your answer in the form ax2 +bx+c=0, where
a, b and c are constants. (ans:2x2+5x-3=0) [2 marks]

4.SPM 2005 P1Q4
The straight line y = 5x-1 does not intersect the curve y=2x2 +x+p. Find the range of values of p.
[3 marks] (ans: p<1)

5.SPM 2005 P1 Q5
Solve the quadratic equation x(2x-5) =2x-1. Give your answer correct to three decimal places.
[3 marks](ans: 8.153, 0.149)

6.SPM 2006 P1Q3
A quadratic equation x2 +px+9 =2x has two equal roots. Find the possible values of p. [3 marks]
(ans: 8, -4)

7. SPM2006 P1Q5
Find the range of the values of x for (2x-1)(x+4)>4+x. (ans:x<-4,x>1) [2 marks]

8.SPM 2004 P1Q5
Find the range of values of x for which x(x-4) 12 . [3 marks]
(ans: -2

9.SPM 2007P1Q4
(a) Solve the following quadratic equation : 3x2 +5x -2 =0
(b) The quadratic equation hx2 +kx+3 =0, where h and k are constants, has two equal roots, express h in terms of k. [4marks]

10. SPM 2007 P1 Q5
Find the range of values of x for which 2x2 1+x. [3 marks]

11. SPM 2008 P1Q4
It is given that -1 is one of the roots of the quadratic equation x2-4x-p=0. Find the value of p.
[ ans 5] [2marks]

Friday, March 5, 2010

PERISTIWA HARI INI

Sabtu, 6 Mac 2010.........peristiwa yang bakal berlangsung di sekolah, yang melibatkan pelajar :
1. Kem Subjek Biologi khas untuk pelajar 5 IK akan berlangsung daripada jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Fasilitatornya ialah Pn. Nor bazilah Abd. Aziz.
2. Kelas-kelas kecemerlangan untuk tingkatan 4 dan 5..... meliputi subjek sejarah, Add. Math dan B. Arab.
3. Karnival Usrah di dewan Utama....... melibatkan pelajar tingkatan 1 hingga 3.
4. Qiamulai......... di surau......... melibatkan pelajar tingkatan 1 hingga 6

TRIGO. FUNCTIONS

Jumaat, 5 Mac 2010, jam 11.20 am........... P & P Add. Math 5IK bermula... di lab. Add. math.... hari ini bermulanya tajuk : Trigonometri Functions. Fokus guru kepada format dan kehendak soalan peperiksaan. Hari ini dibincangkan dan dibandingkan bentuk-bentuk soalan peperiksaan SPM kertas II......... Kehadiran pelajar 32 orang. Seorang pelajar bernama Nazmi tidak hadir kerana balik kg............. P & P hari ini tamat jam 12.30 tengahari.

Friday, February 5, 2010

LAWATAN PEGAWAI MATE. SC PPDJ

Jumaat, 5 feb. 2010, bermula jam 10.45 pagi, En. Mohamad Rosli b. Rashid, Pegawai Matematik Sains PPD Jerantut, telah membuat lawatan kerja ke SMKA TAHAP. Telah berlangsung sesi berbincangan di bilik pengetua bersama Tn. Pengetua, Pn. Hjh. Robiah dan Ketua Bidang, Pn. Hjh. Noraini

LaDaP TAHAP 2010

Khamis, 4 feb. 2010, bertempat di makmal TMK, telah berjalan Latihan perkembangan staf bertema pengurusan panitia. Fasilatitaornya ialah Pn. Hjh. Robiah bt Hassan, iaitu Pn. Pengetua. Peserta kursus terdiri daripada semua ketua panitia dan setiausaha panitia. Turut hadir ialah Pn. Mastura ( GPK 1 ), Pn. Hjh. Noraini ( KB Sc Mate ) dan Pn. Hjh. Nor Ana ( KB Pend. Islam ).

KEM DINOTRED II PETROSAINS

Rabu, 3 Feb. 2010, Kem Dinotred II Petrosains khas untuk guru-guru Sains Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah daerah Jerantut dan Lipis. SMKA TAHAP diwakili oleh Pn. Siti Sopiah. Seramai lima orang fasilitator yang diketuai oleh En. Shafiq dari Petrosains telah melaksanakan tugas dengan jayanya. PPD Jerantut diwakili oleh En. Mohd. Rosli Rashid. Pn. Hjh. Robiah, pengetua SMKA TAHAP telah memasak gulai masam tempoyak ikan patin, khas untuk fasilitator dari Petrosains, Kuala Lumpur.

Tuesday, January 19, 2010

AKTIVITI HARI INI


Selasa, 19 Jan. 2010 -

1. Jam 7.40 pagi, mula lakukan pemantauan perjalanan P & P di kelas-kelas tingkatan 4 dan 5. Syabas, semua kelas ada guru yang mengajar.

2. Jam 8.05 pagi hingga 9.30 pagi, mengajar di kelas 5 IK. Tajuk : Integration dan sub-tajuknya Area. Seramai 32 orang pelajar yang hadir, seorang deman campak. Perhatian yang lebih terpaksa diberi kepada seorang pelajar benama Aiman, untuk memastikan pencapaiannya setanding dengan rakan sebayanya di kelas itu.

3. Jam 10.00 pagi, perbincangan dengan cikgu Yuhanis Hassan tentang LaDaP dan lawatan penanda aras.

4. Jam 10.35 pagi , perbincangan dengan Cikgu Hasma tentang pakej umrah musim cuti sekolah.

5. Jam 11.00 pagi, perbincangan dengan Cikgu Kamisa tentang mesyuarat bidang Sains Math kali ke-2.

6. Jam 11.45 pagi, perbincangan dengan Cikgu Siti Sopiah dan Cikgu Razidah, tentang pelaporan perbincangan mereka bersama pengetua tentang penulisan minit mesyuarat.

7. Jam 12.30 hingga 2.15 petang, Mesyuarat guru dan staf di bilik Mesyuarat.

Monday, January 18, 2010

PERISTIWA HARI INI


Isnin, 18 Jan.2010 - Antara peristiwa penting;
1. 8.00 pagi, Pelancaran Laman Sesawang PSS SMKA TAHAP di Dewan Utama sekolah.
2. 8.45 pagi, P&P Add. Math, untuk kelas 4 Ibnu Hazim di Makmal Add. Maths. Topic yang dibincangkan ialah Inverse Functions.
3. 10.00 pagi, perbincangan dengan pengetua tentang sikap guru, teknik P&P, dan penulisan minit mesyuarat.
4. 10.50 pagi, perbincangan dengan GPK berkenaan dengan lawatan penanda aras.
5. 11.20 pagi hingga 12.30 tghari, P&P untuk 4 Ibnu Rushdy. Topicnya, Composite Functions, by using Lens-T Module.
6. Jam 3.00 petang - 5.00 petang, Mesyuarat JK kewangan Sekolah.
7. Jam 5.30 ptg, Latihan rumah sukan, Tariq Puteri di padang depan.

Sunday, January 17, 2010

EXTRA CLASS


Sabtu, 16 Jan. 2010 bersamaan dengan 01 Safar 1431H - Cikgu Noraini telah mengadakan kelas Add. Math di 5 IK, bermula jam 9.00 hingga 10.45 malam. Topic yang dibincangkan ialah soalan-soalan SPM tahun 2000 hingga 2005, yang berkaitan dengan tajuk Integration. Sambutan daripada pelajar sangat memuaskan.

EXTRA CLASS


Jumaat, 15 Januari 2010 - kelas tambahan telah diadakan khas untuk pelajar 5 Ibnu Khaldun. Topic utama yang dibincangkan ialah Integration.

Wednesday, January 13, 2010

KELAS ADD. MATHS DI 4 IBNU HAZIM

Rabu, 13 Jan. 2010.... jam 10.45 pagi, kali pertama masuk kelas 4 IH.... yang diajar ialah introduction in Add. Math, SPM exam format.... dan ..........uji pengetahuan sedia ada pelajar di peringkat PMR.

Tuesday, January 12, 2010

PPSMI

Hari ini, 2 staf daripada Syarikat Tinta Maya, Bandar Tun Abdul Razak telah datang membaiki perlatan PPSMI............ yang dibaiki ialah 3 LCD jenama EIKI dan 2 CPU jenama Lenovo.

Monday, January 11, 2010

HARI KERJAYA TINGKATAN 4


Bermula semalam, Isnin hingga ke petang hari ini, Selasa 12 januari 2010... Unit Bimbingan dan Kaunseling yang diketuai oleh Cikgu Zamri dan Cikgu Kamariah.. telah mengadakan hari kerjaya kepada pelajar tingkatan 4... fokus utama ialah kepada kombinasi subjek dan kerjaya pelajar......

PERISTIWA HARI INI DALAM SEJARAH


Selasa, 12 Januari 2010.... birthday pengetua, Pn. Hjh. Robiah yang ke-55.....pengetua yang berkaliber dan berketrampilan......hebat......saya kagum dengan pengetua saya....banyak ilmu dan pengalaman yang boleh dipelajari. Hari ini juga, bermulanya jadual baru persekolahan.......setelah kira-kira 4 tahun kami bersekolah dari jam 7.20 pagi hingga 3.50 petang, hari ini bermulalah sejarah baru.........kami bersekolah dari jam 7.20 pagi hingga 2.15 petang. Walaubagaimanapun, anak anak TAHAP, terlibat dengan kelas prep dan kelas tambahan dari jam 3.30 - 4.30 petang dan 9.00 hingga 10.30 malam.

MESYUARAT KURIKULUM 2/2010

Isnin, 11 Januari 2010, jam 2.00 hingga 5.15 petang, Mesyuarat kurikulum kali ke-2 untuk tahun ini telah diadakan di bilik mesyuarat 1. Antara agenda utama ialah PKKP Profil pelajar PMR dan SPM 2010, Perancangan taktikal dan kecemerlangan kurikulum. Tuan Pengetua, Pn. Hjh. Robiah telah mempengerusikan mesyuarat berkenaan. Beberapa orang guru telah membentangkan perancangan kecemerlangan kurikulum, antaranya ialah Cikgu Noraini, Ustazah Nor Ana dan Pn. Yuhanis Hassan

KELAS KECEMERLANGAN 2010

Kelas kecemerlangan atau extra class SPM untuk tahun 2010 telah bermula pada hari Sabtu 9 Jan 2010. Slot pertama bermula jam 7.30 pagi hingga 9.15 pagi ialah Add. math oleh cikgu Noraini, jam 9.20 hingga 10.45 pagi ialah slot kimia oleh cikgu Hasma dan slot 10.45 hingga 12.45 tengahari ialah slot B.Arab oleh Ustaz Hairul....... kelas diteruskan lagi pada hari Ahad.... selepas gotong royong jam 10.45 pagi hingga 12.30 tengahari, pelajar menghadiri kelas Fizik oleh Cikgu Rosmiyah..... sebelah malamnya, selepas Isyak, kelas Add.Math lagi oleh Cikgu Noraini. Kelas ini berlangsung hingga 10.45 malam. Topik perbincangan ialah berkenaan dengan Chapter 1 Progression , Past years Questions.

Sunday, January 3, 2010

PENDAFTARAN PELAJAR TAHAP

Semalam, 2 Jan. 2010, Sabtu , telah berlangsung majlis pendaftaran pelajar-pelajar tingkatan 2, 3,4, 5 dan 6 Atas untuk tahun 2010. Semua pelajar ini, mendaftar di Dewan Utama terlebih dahulu dengan guru kelas masing-masing. Selesai semua urusan bayaran yuran sekolah, asrama koperasi dan PIBG, pelajar bergerak ke asrama untuk pendaftaran di asrama pula.
Hari ini, Ahad, 3 Jan. 2010. Pendaftaran pelajar baru tingkatan 1 telah berlangsung di Dewan Utama sekolah. Majlis berkenaan telah turut dihadiri oleh pegawai BPI, JPN dan YDP PIBG. Dijangkakan seramai 250 0rang pelajar baru tingkatan 1, akan mendaftar pada hari ini.