Tuesday, January 19, 2010

AKTIVITI HARI INI


Selasa, 19 Jan. 2010 -

1. Jam 7.40 pagi, mula lakukan pemantauan perjalanan P & P di kelas-kelas tingkatan 4 dan 5. Syabas, semua kelas ada guru yang mengajar.

2. Jam 8.05 pagi hingga 9.30 pagi, mengajar di kelas 5 IK. Tajuk : Integration dan sub-tajuknya Area. Seramai 32 orang pelajar yang hadir, seorang deman campak. Perhatian yang lebih terpaksa diberi kepada seorang pelajar benama Aiman, untuk memastikan pencapaiannya setanding dengan rakan sebayanya di kelas itu.

3. Jam 10.00 pagi, perbincangan dengan cikgu Yuhanis Hassan tentang LaDaP dan lawatan penanda aras.

4. Jam 10.35 pagi , perbincangan dengan Cikgu Hasma tentang pakej umrah musim cuti sekolah.

5. Jam 11.00 pagi, perbincangan dengan Cikgu Kamisa tentang mesyuarat bidang Sains Math kali ke-2.

6. Jam 11.45 pagi, perbincangan dengan Cikgu Siti Sopiah dan Cikgu Razidah, tentang pelaporan perbincangan mereka bersama pengetua tentang penulisan minit mesyuarat.

7. Jam 12.30 hingga 2.15 petang, Mesyuarat guru dan staf di bilik Mesyuarat.

Monday, January 18, 2010

PERISTIWA HARI INI


Isnin, 18 Jan.2010 - Antara peristiwa penting;
1. 8.00 pagi, Pelancaran Laman Sesawang PSS SMKA TAHAP di Dewan Utama sekolah.
2. 8.45 pagi, P&P Add. Math, untuk kelas 4 Ibnu Hazim di Makmal Add. Maths. Topic yang dibincangkan ialah Inverse Functions.
3. 10.00 pagi, perbincangan dengan pengetua tentang sikap guru, teknik P&P, dan penulisan minit mesyuarat.
4. 10.50 pagi, perbincangan dengan GPK berkenaan dengan lawatan penanda aras.
5. 11.20 pagi hingga 12.30 tghari, P&P untuk 4 Ibnu Rushdy. Topicnya, Composite Functions, by using Lens-T Module.
6. Jam 3.00 petang - 5.00 petang, Mesyuarat JK kewangan Sekolah.
7. Jam 5.30 ptg, Latihan rumah sukan, Tariq Puteri di padang depan.

Sunday, January 17, 2010

EXTRA CLASS


Sabtu, 16 Jan. 2010 bersamaan dengan 01 Safar 1431H - Cikgu Noraini telah mengadakan kelas Add. Math di 5 IK, bermula jam 9.00 hingga 10.45 malam. Topic yang dibincangkan ialah soalan-soalan SPM tahun 2000 hingga 2005, yang berkaitan dengan tajuk Integration. Sambutan daripada pelajar sangat memuaskan.

EXTRA CLASS


Jumaat, 15 Januari 2010 - kelas tambahan telah diadakan khas untuk pelajar 5 Ibnu Khaldun. Topic utama yang dibincangkan ialah Integration.

Wednesday, January 13, 2010

KELAS ADD. MATHS DI 4 IBNU HAZIM

Rabu, 13 Jan. 2010.... jam 10.45 pagi, kali pertama masuk kelas 4 IH.... yang diajar ialah introduction in Add. Math, SPM exam format.... dan ..........uji pengetahuan sedia ada pelajar di peringkat PMR.

Tuesday, January 12, 2010

PPSMI

Hari ini, 2 staf daripada Syarikat Tinta Maya, Bandar Tun Abdul Razak telah datang membaiki perlatan PPSMI............ yang dibaiki ialah 3 LCD jenama EIKI dan 2 CPU jenama Lenovo.

Monday, January 11, 2010

HARI KERJAYA TINGKATAN 4


Bermula semalam, Isnin hingga ke petang hari ini, Selasa 12 januari 2010... Unit Bimbingan dan Kaunseling yang diketuai oleh Cikgu Zamri dan Cikgu Kamariah.. telah mengadakan hari kerjaya kepada pelajar tingkatan 4... fokus utama ialah kepada kombinasi subjek dan kerjaya pelajar......

PERISTIWA HARI INI DALAM SEJARAH


Selasa, 12 Januari 2010.... birthday pengetua, Pn. Hjh. Robiah yang ke-55.....pengetua yang berkaliber dan berketrampilan......hebat......saya kagum dengan pengetua saya....banyak ilmu dan pengalaman yang boleh dipelajari. Hari ini juga, bermulanya jadual baru persekolahan.......setelah kira-kira 4 tahun kami bersekolah dari jam 7.20 pagi hingga 3.50 petang, hari ini bermulalah sejarah baru.........kami bersekolah dari jam 7.20 pagi hingga 2.15 petang. Walaubagaimanapun, anak anak TAHAP, terlibat dengan kelas prep dan kelas tambahan dari jam 3.30 - 4.30 petang dan 9.00 hingga 10.30 malam.

MESYUARAT KURIKULUM 2/2010

Isnin, 11 Januari 2010, jam 2.00 hingga 5.15 petang, Mesyuarat kurikulum kali ke-2 untuk tahun ini telah diadakan di bilik mesyuarat 1. Antara agenda utama ialah PKKP Profil pelajar PMR dan SPM 2010, Perancangan taktikal dan kecemerlangan kurikulum. Tuan Pengetua, Pn. Hjh. Robiah telah mempengerusikan mesyuarat berkenaan. Beberapa orang guru telah membentangkan perancangan kecemerlangan kurikulum, antaranya ialah Cikgu Noraini, Ustazah Nor Ana dan Pn. Yuhanis Hassan

KELAS KECEMERLANGAN 2010

Kelas kecemerlangan atau extra class SPM untuk tahun 2010 telah bermula pada hari Sabtu 9 Jan 2010. Slot pertama bermula jam 7.30 pagi hingga 9.15 pagi ialah Add. math oleh cikgu Noraini, jam 9.20 hingga 10.45 pagi ialah slot kimia oleh cikgu Hasma dan slot 10.45 hingga 12.45 tengahari ialah slot B.Arab oleh Ustaz Hairul....... kelas diteruskan lagi pada hari Ahad.... selepas gotong royong jam 10.45 pagi hingga 12.30 tengahari, pelajar menghadiri kelas Fizik oleh Cikgu Rosmiyah..... sebelah malamnya, selepas Isyak, kelas Add.Math lagi oleh Cikgu Noraini. Kelas ini berlangsung hingga 10.45 malam. Topik perbincangan ialah berkenaan dengan Chapter 1 Progression , Past years Questions.

Sunday, January 3, 2010

PENDAFTARAN PELAJAR TAHAP

Semalam, 2 Jan. 2010, Sabtu , telah berlangsung majlis pendaftaran pelajar-pelajar tingkatan 2, 3,4, 5 dan 6 Atas untuk tahun 2010. Semua pelajar ini, mendaftar di Dewan Utama terlebih dahulu dengan guru kelas masing-masing. Selesai semua urusan bayaran yuran sekolah, asrama koperasi dan PIBG, pelajar bergerak ke asrama untuk pendaftaran di asrama pula.
Hari ini, Ahad, 3 Jan. 2010. Pendaftaran pelajar baru tingkatan 1 telah berlangsung di Dewan Utama sekolah. Majlis berkenaan telah turut dihadiri oleh pegawai BPI, JPN dan YDP PIBG. Dijangkakan seramai 250 0rang pelajar baru tingkatan 1, akan mendaftar pada hari ini.