Sunday, August 22, 2010

JOM MASAK KEK

KEK BUAH CAMPURAN KUKUS

1. Ayakkan bersama 550 g tepung gandum, 2 camca cream of tartar dan 2 camca soda bikarbonat.
2. 375 atau 400 g buah campuran, gaul dengan bahan yang diayak tadi. Peram selama 1 hingga 2 jam.
3. 8 biji telor gred A atau B, pukul bersama 300 g gula.
4. 2 buku butter ( 500 g ), pukul hingga kembang. Masukkan telor yang dipukul tadi. Masukkan tepung yang diperam bersama buah campuran tadi.
5. Pindahkan adunan ke dalam acuan kek atau periuk khas.
6. 300 g gula pasir dihanguskan
7. Tuang cepat-cepat ke dalam adunan dan kacau cepat-cepat
8. Kukus selama 4 hingga 5 jam dengan api yang sederhana. ( pastikan air dalam periuk kukusan telah pun mendidih ). Selepas 2 jam, tambahkan air yang mendidih ke dalam periuk kukus supaya air dalam periuk tidak kering.
9. Tutup tudung periuk dengan tuala.

HABBATUS SAUDA

Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan keatas habbatus sauda. Habbatus Sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti:
· untuk menghasilkan kulit muka yang cerah
· membantu merawat batuk dan asma
· kencing manis
· selsema
· keguguran rambut
· tekanan darah tinggi
· masalah untuk tidur
· sakit-sakit otot dan sendi
· rasa loya dan muntah
· mengurangkan kolesterol
· merawat batu karang dan sebagainya. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ''Gunakanlah Habbatus Sauda' kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)" (HR.Bukhari, Muslim)

TUGAS KB ATAU GKMP

Tugas Guru Kanan Mata Pelajaran

1.1 Pemimpin Kurikulum
Membantu Pengetua/ GB
􀁸 Menetapkan matlamat kurikulum
􀁸 Menerajui pelaksanaan perubahan dan inovasi kurikulum
􀁸 Merancang dan menentukan pelaksanaan kurikulum
􀁸 Menentukan jenis- jenis mata pelajaran elektif
􀁸 Merancang dan mengurus program pengajaran dan pembelajaran (P&P)
􀁸 Memastikan sumber dan bahan P&P mencukupi
􀁸 Sebagai pendidik contoh, meningkatkan tahap profesionalisme keguruan
􀁸 Membudayakan ilmu

1.2 Pemantau Kurikulum
Membantu Pengetua/ GB
􀁸 Menentukan matlamat kurikulum sekolah dijayakan
􀁸 Mempastikan Kursus pengajian dipatuhi
􀁸 Menentukan bahawa amalan pengajaran dan pembelajaran adalah relevan

1.3 Penilai Kurikulum
Membantu Pengetua/ GB
􀁸 Mengubahsuai program dan aktiviti kurikulum bagi mencapai matlamat kurikulum
􀁸 Menilai keberkesanan amalan P&P
􀁸 Merancang mentadbir dan melaksanakan ujian dan peperiksaan
􀁸 Menilai pencapaian murid