Monday, October 25, 2010

20102010

Pada hari Rabu, 20.10.2010, Mesyuarat Pelaporan Postmortem Peperiksaan Percubaan SPM 2010 di PPD Jerantut. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Tuan PPDJ sendiri. Turut hadir ialah Hj.Ab.Razak Ismail dan En. Rosli Rashid. Pembentangan telah dilakukan oleh Ketua Bidang Sains SMK Damak (Pn. Norizah), SMKA TAHAP( Pn. Hjh.Noraini) dan SMK P.Tawar(En. Rahim). Mesyuarat tersebut dihadiri oleh Pengetua-pengetua, Guru Penolong Kanan Kurikulum dan Ketua-ketua Bidang Sains Matematik untuk semua sekolah menengah di daerah Jerantut.

JOM MASAK KEK SARANG

Resepi Kek Kukus Sarang Semut
Bahan-bahan :
7 biji telur2 cawan tepung gandum2 cawan gula pasir2 cawan air1 tin (390g) susu manis3 sudu makan mentega1 sudu makan soda bicarbonate 1 sudu teh esen ros.

Cara penyediaan :
Hanguskan gula. Kemudian masukkan air diikuti mentega. Masak hingga mendidih. Tutup api dan sejukkan.Pukul telur sehingga kembang. Masukkan susu dan teruskan pukulan hingga rata. Masukkan tepung dan soda bicarbonate. Kemudian masukkan gula hangus dan pukul hingga rata. Akhir sekali masukkan esen ros dan kacau rata.Tuang adunan ke dalam loyang kek. Tutup loyang rapat-rapat dengan aluminium foil untuk mengelakkan wap air kukusan masuk ke dalam adunan.Kukus selama 1 1/2 jam.