Sunday, April 10, 2011

ADD. ACCELERATION CLASS ................

Bermula pada 5 April 2011....panitia Matematik Tambahan telah menjalankan program klinik pagi yang bermula jam 6.50 pagi hingga 7.30 pagi. Program ini melibatkan 108 orang pelajar dengan dibantu oleh 3 orang fasilitator, iaitu Pn. Razidah, En, Fozi dan Hjh. Noraini. Pelajar-pelajar dari kelas 5IS dan 5IR di tempatkan dikantin sekolah dan pelajar 5IH dan 5IK pula di bilik Matematik Tambahan. Sehingga hari ini, kehadiran pelajar ialah 100%. Alhamdulillah... kejayaan adalah milik semua insan.

KEM KECEMERLANGAN MATEMATIK TAMBAHAN FASA I/2011

Buat pertama kalinya untuk tahun 2011, kem kecemerlangan Add, Math telah diadakan di dewan study Aspura SMKA TAHAP pada 8 hingga 10 April 2011. Program ini melibatkan seramai 108 orang calon SPM tahun ini dengan dibantu oleh 4 orang guru yang berperanan sebagai fasilitator. Guru-guru yang terlibat ialah Pn. Razidah, En. Fozi, Hjh. Noraini dan En. Zahari. Tajuk-tajuk yang diber penekanan ialah Index Number, Solution of Triangle dan Vector. Program bermula pada hari Jumaat jam 9.00 hingga 11.00 malam. Pada hari Sabtu, jam 8.30 pagi hingga 11.00 malam dan pada hari Ahad, jam 7.00 pagi hingga 4.30 petang. Sambutan daripada pelajar sangat memuaskan. Aktiviti ini mendapat sokongan penuh daripada pengetua dan GPK 1.