Wednesday, November 18, 2009

HARI KUALITI GURU 2009

Pada hari Rabu, 11 November 2009, telah berlangsung Majlis Hari Q atau Kualiti guru dan kakitangan SMKA TAHAP yang julung kali telah dilaksanakan. majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPNP, Tn. Hj. Jalani bin Hj. Ludin

KEM GEMILANG FORM 4



Pada 7 dan 8 Nov. 2009, Bidang Sc Mt, telah mengadakan kem gemilang f4 untuk semua pelajar. kem yang berlangsung selama 2 hari itu telah berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam, telah mendapat pembiayaan daripada pihak sekolah dan PIBG. Penggerak utamanya ialah Cik Razidah dan Pn. Hjh. Noraini.

Tuesday, November 3, 2009

SOALAN POPULAR, SIRI 2

Question 4 ;
R is a point on the line that joins P(-3, -6) and Q(6, 9) such that PR : RQ = 2: 5. Find the coordinates of R.

Question 5 :
Given A (3, 6) and B (1, -4), find the equation of the perpendicular bisector of AB.

Question 6 :
Find the distance between point ( 4, -9) and midpoint of the line joining P (5, 9) and Q(-3, 2).

SOALAN POPULAR, SIRI 1

Question 1 :
Form the quadratic equation which has the roots of 2 and . Give your answer in the form of where a, b and c are constants .

Question 2 :
Solve the equation (5x – 3)(x + 1) = x (2x – 5) . Give your answer correct to four significant figures .

Question 3 :
Find the range of x, if x (6x - 7 ) > 10

AKTIVITI SELASA, 03 NOV. 09

1. Jam 7.10 pagi, sampai di sekolah dan key in kehadiran di pejabat.
2. Jam 7.20 pagi, ke bilik peperiksaan berjumpa dengan cikgu Kamisa ( S/U Bidang Sains Matematik ).
3. Jam 8.00 pagi, mesyuarat JK Perancang dan pengurusan sekolah kali ke-6, di bilik pengetua. Agenda utama ialah hari Anugerah Kualiti dan graduasi 2009. Mesyuarat tamat jam 10.45 pagi.
4. Jam 11.00 pagi, jumpa Cikgu Norazlina tentang kewangan bagi subjek Teknologi Maklumat.
5. Jam 12.00 tengahari , bincang dengan Cikgu Hasma tentang Mesyuarat Guru hari Isnin sebelumnya.
6. Jam 12.30 ptg, bincang dengan Cikgu Razidah tentang skema pemarkahan kertas 1, ting. 4.
7. Jam 1.00 ptg, pergi kantin, minum bersama beberapa orang guru.
8. Jam 1.45 ptg, solat zohor.
9. Jam 2.15 - 3.45 ptg., mengawas peperiksaan tingkatan 4, di dewan utama, bagi subjek Fizik kertas 3.
10. Jam 4.00 ptg, di pejabat.Urusan kerja di pejabat dan solat Asar.
11. Jam 6.00 ptg, ke aspuri, jumpa pelajar ting. 5 puteri seramai 8 orang, klinik Add. Math.
12. Jam 6.50 ptg, balik ke rumah.

KEM ADD.MATHS FORM 4, PHASE II

Panitia Add. Math, telah mengadakan kem Add. Math, khasnya untuk pelajar ting. 4, pada hari Sabtu ( 31 Okt. 09 ) hingga Ahad ( 01 Nov.09 ), bermula jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Sambutan daripada pelajar sangat memuaskan dengan kehadiran 100%., iaitu 107 orang. Fasilitator yang terlibat ialah Cikgu Noraini dan Cikgu Razidah. Penekanan yang dibuat semasa kem ini ialah ulangkaji dan latih tubi berfokus serta smart , sebagai persediaan peperiksaan akhir tahun 2009.