Thursday, December 31, 2009

RUMAH REHAT SERI PURNAMA

Rumah Rehat Seri Purnama, di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu , Kelantan.. Menawarkan harga yang berpatutan. Berminat, sila hubungi Hj. Hussin 097440877 atau Hj. Mat Jusoh 0139347824.

Monday, December 14, 2009

MESYUARAT PENYELARASAN ADD. MATH II

Mesyuarat penyelarasan kali pertama Add. Math, paper II telah diadakan pada 10 hingga 12 Disember 2009 di PKG Temerloh. Mesyuarat yang berlangsung selama 3 hari dari jam 8.00 pagi hingga 5 petang itu, telah dipengerusikan oleh Pn. Sa'iyah bt Nong.

Wednesday, November 18, 2009

HARI KUALITI GURU 2009

Pada hari Rabu, 11 November 2009, telah berlangsung Majlis Hari Q atau Kualiti guru dan kakitangan SMKA TAHAP yang julung kali telah dilaksanakan. majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPNP, Tn. Hj. Jalani bin Hj. Ludin

KEM GEMILANG FORM 4



Pada 7 dan 8 Nov. 2009, Bidang Sc Mt, telah mengadakan kem gemilang f4 untuk semua pelajar. kem yang berlangsung selama 2 hari itu telah berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam, telah mendapat pembiayaan daripada pihak sekolah dan PIBG. Penggerak utamanya ialah Cik Razidah dan Pn. Hjh. Noraini.

Tuesday, November 3, 2009

SOALAN POPULAR, SIRI 2

Question 4 ;
R is a point on the line that joins P(-3, -6) and Q(6, 9) such that PR : RQ = 2: 5. Find the coordinates of R.

Question 5 :
Given A (3, 6) and B (1, -4), find the equation of the perpendicular bisector of AB.

Question 6 :
Find the distance between point ( 4, -9) and midpoint of the line joining P (5, 9) and Q(-3, 2).

SOALAN POPULAR, SIRI 1

Question 1 :
Form the quadratic equation which has the roots of 2 and . Give your answer in the form of where a, b and c are constants .

Question 2 :
Solve the equation (5x – 3)(x + 1) = x (2x – 5) . Give your answer correct to four significant figures .

Question 3 :
Find the range of x, if x (6x - 7 ) > 10

AKTIVITI SELASA, 03 NOV. 09

1. Jam 7.10 pagi, sampai di sekolah dan key in kehadiran di pejabat.
2. Jam 7.20 pagi, ke bilik peperiksaan berjumpa dengan cikgu Kamisa ( S/U Bidang Sains Matematik ).
3. Jam 8.00 pagi, mesyuarat JK Perancang dan pengurusan sekolah kali ke-6, di bilik pengetua. Agenda utama ialah hari Anugerah Kualiti dan graduasi 2009. Mesyuarat tamat jam 10.45 pagi.
4. Jam 11.00 pagi, jumpa Cikgu Norazlina tentang kewangan bagi subjek Teknologi Maklumat.
5. Jam 12.00 tengahari , bincang dengan Cikgu Hasma tentang Mesyuarat Guru hari Isnin sebelumnya.
6. Jam 12.30 ptg, bincang dengan Cikgu Razidah tentang skema pemarkahan kertas 1, ting. 4.
7. Jam 1.00 ptg, pergi kantin, minum bersama beberapa orang guru.
8. Jam 1.45 ptg, solat zohor.
9. Jam 2.15 - 3.45 ptg., mengawas peperiksaan tingkatan 4, di dewan utama, bagi subjek Fizik kertas 3.
10. Jam 4.00 ptg, di pejabat.Urusan kerja di pejabat dan solat Asar.
11. Jam 6.00 ptg, ke aspuri, jumpa pelajar ting. 5 puteri seramai 8 orang, klinik Add. Math.
12. Jam 6.50 ptg, balik ke rumah.

KEM ADD.MATHS FORM 4, PHASE II

Panitia Add. Math, telah mengadakan kem Add. Math, khasnya untuk pelajar ting. 4, pada hari Sabtu ( 31 Okt. 09 ) hingga Ahad ( 01 Nov.09 ), bermula jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Sambutan daripada pelajar sangat memuaskan dengan kehadiran 100%., iaitu 107 orang. Fasilitator yang terlibat ialah Cikgu Noraini dan Cikgu Razidah. Penekanan yang dibuat semasa kem ini ialah ulangkaji dan latih tubi berfokus serta smart , sebagai persediaan peperiksaan akhir tahun 2009.

Wednesday, October 21, 2009

AKTIVITI RABU 21 OKT. 2009

1. Jam 7.15 pg. sampai di pejabat sekolah.
2. Jam 7.40pg, perbincangan dengan Cik Razidah tentang kertas kerja Kem Add. Maths form 4, fasa II, dirancangkan pada 30 Okt. dan 01 Nov. nanti.
3. Jam 8.30 pg, ke kantin dengan Pn. Siti Sopiah.
4. Jam 9.15 - 10.30 pg, mengajar di kelas 4 IH, tajuk 'Index Numbers'.
5. Jam 10.30 - 11.30 pg, memantau perjalanan kem Teknologi Maklumat untuk kelas 5 IR dan 5IH. Fasilitator ialah En. Musa ( SMPS ) dengan dibantu oleh Pn. Norazlina dan En. Azril.
6.Jam 11.45 - 1.15 ptg, menyemak buku latihan pelajar 4 IH.
7. Jam 1.30 ptg, solat zohor di surau An-Nur, bilik guru perempuan.
8. Jam 2.00 - 4.45 petang, berada di pejabat, membuat borang semakan tindakan hujung tahun dan borang perancangan tahun 2010. Print dan serah kepada GPK dan Pengetua. Kemudian buat jadual, agihan bertugas masa cuti untuk guru-guru dan pentadbir.
9. Jam 5.00ptg, balik rumah

nota : Hari ini, En. Ibrahimulghani dan Ust. Nor Ana berangkat ke tanah suci kerana menunaikan ibadat haji

Tuesday, October 20, 2009

AKTIVITI PADA SELASA 20 OKT. 2009

1. Jam 7.05 pagi, sampai sekolah dan key in kedatangan di pejabat.
2. Jam 8.00 - 10.45 pagi, mesyuarat JK Perancangan dan pengurusan sekolah dengan dipengerusikan oleh pengetua.
3. Jam 11.00 - 12.00 tengahari, jamuan meraikan En.Ibrahimughani, Pn. Nor'Ana dan Pn. Zaitun yang akan berangkat menunaikan ibadat haji.
4. Jam 12.00 - 1.45 ptg, di pejabat , perbincangan dengan Pn. NorMazni tentang Kertas kerja Majlis Graduasi, yang dijangkakan pada 11/11/09. Kemudian, menyemak buku latihan pelajar 4 IR.
5. Jam 1.45 - 2.00 , Sembahyang Zohor di surau An-Nur, bilik guru perempuan.
6. Jam 2.05 - 4.00 petang, mengajar di lab Add. Math, untuk kelas 4 IK. Ajar : Index Numbers.
7. Jam 4.20 ptg, pulang ke rumah dan sembahyang Asar.
8. Jam 5.00 ptg - 6.30 ptg, di aspuri - perbincangan dengan pelajar puteri. Bimbingan individu pelajar di bilik study Aspuri.
9. Jam 7.00 ptg, balik dari sekolah dan Aspuri.

Sunday, October 18, 2009

AKTIVITI ISNIN 19 OKT. 2009

1. Jam 7.10 pagi, sampai di sekolah dan key in kehadiran di pejabat.
2. Jam 7.30 - 9.00 pagi, perhimpunan mingguan di Dewan Utama sekolah.
3. Jam 9.00 - 9.15 pagi, perjumpaan semua guru bersama GPK 1 dan GPK KoKo.
4. Jam 10.00 - 11.30 pagi, perbincangan bersama Pn. Norazlina ( berkenaan kertas kerja Kem Teknologi Maklumat ), En. Zahari ( tentang sukatan pelajaran ), Cik Razidah ( tentang soalan peperiksaan akhir thn form 4 ) dan En. Fozi ( berkenaan pencapaian sekolah di peringkat daerah dalam pep. Percubaan SPM 09' )
5. Jam 11.30 - 12.30 tengahari, berbincang dengan GPK 1 tentang agenda Mesyuarat Pengurusan Sekolah pada hari Selasa.
6. Jam 12.30 - 1.30 ptg, menaip, mencetak dan mengedarkan surat panggilan mesyuarat kepada 19 orang ahli JK Perancang dan pengurusan sekolah 2009.
7. Jam 1.30 - 2.00 ptg, solat zohor.
8. Jam 2.05 - 4.10 petang, mengajar di kelas 4 IR ( tajuk : Index Numbers ).
9. Jam 4.30 ptg , solat Asar
10. Jam 4.45 - 6.40 petang, klinik Add. Math untuk calon SPM 2009.
11. Jam 6.45 ptg, balik ke rumah untuk hari ini.

Thursday, October 15, 2009

AKTIVITI JUMAAT 16 OKT.2009

1. Jam 7.15 pagi, sampai sekolah, key in kedatangan.
2. Jam 8.00 pagi, perbincangan dengan Pn. Hasma tentang subjek Kimia dan target pelajar SPM.
3. Jam 8.40 - 10.30 pagi, berada di lab Add. Maths, kelas dengan 4 IK .
4. Jam 10.40 - 11.00 pagi, di kantin dengan Pn. Sarifah Amsari, Pn. Hasma dan Cik Razidah.
5. Jam 11.00 - 12.45 tengahari, di pejabat. Semakan fail lesson plan guru-guru Sains Maths.
6. Jam 12.45 - 1.15 ptg, di kantin, jamuan dari guru uang baru dapat DG 44.
7. Jam 1.30 ptg, balik rumah

AKTIVITI RABU 14 OKT. 2009

1. Jam 7.10 pagi, sampai sekolah dan 'key in' kehadiran.
2. Jam 7.30 - 9.40 pagi, mesyuarat guru di bilik mesyuarat, melibatkan beberapa agenda.
3. Jam 9.45 - 10.30 pagi, mengajar di kelas 4 IH, topic 'Differentiation - rates of changes'.
4. Jam 11.00 - 1.00 ptg, jumpa guru-guru Sains Matematik secara 'personal' tentang prestasi dan borang maklumat pergerakan guru.
5. Jam 1.40 ptg, solat zohor di bilik guru perempuan.
6. Jam 3.00 ptg, kemaskini fail PPSMI dan buat rancangan mengajar harian.
7. Jam 4.20 ptg, solat Asar di pejabat.
8. Jam 4.45 - 6.30 ptg, klinik 'Add. Maths form 5, group C'

Tuesday, October 13, 2009

AKTIVITI DAN PROGRAM HARI SELASA 13 OKT. 2009

1. Jam 7.02 pagi, sampai di sekolah dan 'key in' kehadiran.
2. Jam 7.20 pagi, perhimpunan pagi di dataran paker, GPK HEM umumkan semua pelajar asrama boleh balik hujung minggu ini.
3. Jam 8.00 pagi, semua pelajar PMR masuk dewan untuk hari terakhir peperiksaan dengan dimulai oleh subjek Kemahiran Hidup.
9. Jam 8.30 pagi, bermulanya jamuan hari raya oleh pengusaha kantin untuk semua guru dan kakitangan.
10. Jam 8.45 pagi, beberapa orang guru sembahyang sunat taubat, sunat dhuha dan sunat hajat khas untuk pelajar PMR. Kemudian, diikuti dengan bacaan Yassin.
11. Jam 9.45 pelajar PMR rehat setelah tamat kertas Kemahiran Hidup.
12. Jam 10.30 pagi hingga 1.00 petang, pelajar PMR menduduki kertas Bahasa Arab Komunikasi.
13. Jam 11.30 pagi, siapkan borang maklumat makmal Sains dan borang pergerakan guru. Kerjasama dengan GPK 1.
14. Jam 1.00 petang, perjumpaan pengetua bersama kaunselor dan beberapa orang guru dengan pelajar PMR tadi.
15. Jam 1.30 petang, solat zohor
16. Jam 2.05 - 3.15 petang, masuk kelas Add. Maths 4IK. Ajar tentang 'turning point'
17. Jam 3.45 petang, kemaskini fail di bilik fail.
18. Jam 4.20 petang, solat Asar di pejabat
19. Jam 4.45 - 6.25 petang, kelas klinik Add. Maths, kumpulan C , seramai 16 orang. Buat dan bincang soalan SPM tahun 2003 - 2008, untuk tajuk 'Simultaneous Equations'.
20. Jam 6.40 petang, balik dari sekolah untuk hari ini.

Monday, October 12, 2009

AKTIVITI DAN PROGRAM HARI ISNIN 12 OKT. 2009

1. Jam 7.30 pagi, perhimpunan mingguan di dataran paker.
2. Jam 8.00 pagi, peperiksaan PMR bermula dengan kertas 1, Matematik.
3. Jam 9.00 pagi, bermula solat sunat dhuha dan solat hajat beberapa orang guru untuk pelajar PMR.
4. Jam 11.00 pagi, perbincangan beberapa guru bersama pengetua tentang SPM dan seorang calon SPM tahun ini, yang tidak sihat.
5. Jam 2.00 petang, pelajar PMR mula exam untuk sesi petang dengan subjek sejarah.
6. Jam 2.15 hingga 3.30 petang, kelas Add. Maths 4IR di Add. Maths lab.
7. Jam 4.00 petang , perbincangan Pn. Noraini bersama GPK 1, Pn. Mastura tetang borang soal selidik makmal sains.
8. Jam 4.45 petang, balik dari sekolah.

KLINIK ADD.MATHS FORM 5 ( KUMPULAN C )


Ahad, 11 Oktober 2009, jam 9.00 hingga 11.00 malam, telah diadakan klinik Matematik Tambahan kumpulan C, melibatkan seramai 16 orang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada November nanti. Klinik tersebut dibawah bimbingan Pn. Noraini.

pecutan terakhir - PMR 09'


Ahad, 11 Oktober 2009, pecutan terakhir Matematik PMR telah dijalankan di dewan Afzan SMKA TAHAP, dari jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Program ini melibatkan seramai 133 orang pelajar, dengan bimbingan Pn. Rohanizam, Pn. Norazlina dan En. Fozi. Perjalanan program ini, telah dipantau oleh Pn. Hjh. Noraini, selaku Ketua Bidang Sains dan Matematik. Sambutan daripada pelajar, sangat memuaskan. Sebelah petangnya, dari jam 2.30 hingga 4.00 petang, klinik khas yang melibatkan 10 orang pelajar telah dibimbing oleh Pn. Rohanizam dan Pn. Norazlina.

Saturday, October 10, 2009

HARI TERBUKA AIDILFITRI

Sabtu, 10 Oktober 2009, Sambutan Aidilfitri masih diteruskan. Hari ini, Majlis Rumah Terbuka diadakan di rumah pengetua, Pn. Hjh. Robiah, rumah Ustazah Rosmariah, rumah Pn. Norathirah, rumah Ustaz Norainiddin dan rumah Pn. Norizan Khalid. Sambutan dari warga SMKA TAHAP dan keluarga sangat memuaskan. Esok, Ahad sambutan rumah terbuka diteruskan lagi, di rumah Pn. Yuhanis Hassan.

LATIH TUBI BERBIMBING.

Jumaat, 09 Oktober 2009 jam 9.00 hingga 11.00 malam, pelajar-pelajar PMR telah menghadiri kelas tambahan khas untuk latih tubi berbimbing bersama guru untuk subjek Matematik. Kelas ini, dibawah bimbingan cikgu Mohd Fozi. kehadiran pelajar adalah 100%

Thursday, October 8, 2009

PMR 2009 BERJALAN LANCAR

Rabu, 07 Oktober 2009, seramai 133 orang pelajar SMKA TAHAP telah menduduki peperiksaan PMR, di dewan utama sekolah. Pada hari pertama, pelajar telah menjawab untuk subjek B.Melayu dan Pendidikan Islam. Hari ini, Khamis 08 Oktober 2009, pelajar telah menjawab untuk kertas subjek B.Inggeris dan Sains. Sehingga hari ini, hari kedua ujian saringan H1N1, semua pelajar didapati sihat dan peperiksaan telah berjalan dengan lancar.

PENCERAPAN DAN PENILAIAN GURU CEMERLANG

Khamis, 08 Oktober 2009, En. Ahmad Kamal bin Mohd Yasin dari Jemaah Nazir Sekolah, telah membuat pemantauan dan penilaian terhadap pencalonan Noraini bt Mohamed Hussin, untuk jawatan guru cemerlang DG48, bagi subjek Matematik Tambahan. Penilaian melibatkan P&P dalam bilik darjah, bahan-bahan eviden dokumentasi dan temubual bersama pengetua, rakan sejawat( Matematik ), ketua panitia Matematik Tambahan dan rakan sejawat ( Sains ) serta temubual dengan 4 orang pelajar. Penilaian ini dilakukan daripada jam 8.00 pagi hingga 2.30 petang.

Monday, October 5, 2009

PEMANTAUAN PELAKSANAAN KURIKULUM SAINS

Pada hari Isnin, 5 Oktober 2009, SMKA TAHAP telah dilawati oleh pasukan pemantauan pelaksanaan kurikulum Sains, Jabatan Pelajaran Pahang. Pasukan pemantau diwakili oleh Tn. Hj. Mohd Dzulkifli bin Hj. Nordin dan En. Mohamad Rosli b. Rashid. Pemantauan melibatkan aspek P & P dalam makmal Sains, Maklumbalas pembantu makmal dan pelajar, semakan buku pelajar dan penggunaan bahan sumber pembelajaran.

KELAS KECEMERLANGAN


Kelas kecemerlangan Matematik Tambahan , fokus kepada pelajar tingkatan 4, telah diadakan pada 4 dan 5 Oktober 2009, dari jam 9.00 hinggsa 11.00 malam. Kelas berkenaan dibawah bimbingan Pn. Noraini. Objektif kelas ini dibuat :
1. Membiasakan para pelajar dengan format kertas peperiksaan sebenar.
2. Memberi pendedahan kepada para pelajar bentuk soalan yang sebenar di dalam SPM.

Thursday, October 1, 2009

SOLAT HAJAT DAN RESTU KASIH 2009

SMKA TAHAP dengan kerjasama PIBG akan mengadakan Program Solat Hajat dan Restu Kasih, khas untuk pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan PMR, SPM dan STPM 2009. Solat Hajat dan bacaan Yaasin, akan diadakan di surau asrama manakala Majlis Restu Kasih akan diadakan di Dewan Utama sekolah pada hari Sabtu 3 Oktober 2009, bermula jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang.

KEM ADD.MATHS FORM 4, PHASE II

Kem Add. Maths untuk pelajar tingktan 4, fasa ke-2, akan diadakan pada hari Sabtu 03 Oktober 2009 bertempat di Dewan Afzan SMKA TAHAP, bermula jam 11 .00 pagi hingga 11.00 malam. Program ini melibatkan dua orang fasilitator, iaitu Pn. Hjh. Noraini dan Cik Razidah.

KLINIK ADD.MATHS FORM 5

Klinik Add. Maths untuk calon-calon SPM 2009, akan diadakan bermula 05 Oktober hingga 19 Nov. 2009. Program ini melibatkan 4 orang fasilitator, iaitu Pn. Hjh. Noraini, En. Zahari, Cik Razidah dan En. Fozi. Program ini bertemakan Jejak Kelemahan Matematik Tambahan.

WAWANCARA PENGETUA BERSAMA EDUWEBTV

Sempena Sambutan Jubli Perak SMKA TAHAP, pihak EDUWEBTV telah membuat wawancara dengan Pengetua , Pn. Hajah Robiah bt Hassan. Wawancara tersebut boleh diikuti DI SINI

KLINIK......ANAK KU SAYANG ..... ADD. MATH FORM 4

Panitia Matematik Tambahan SMKA TAHAP, telah mengadakan klinik Add. Math F4, khas untuk pelajar-pelajar potensi seramai 51 orang, bermula jam 9.00 malam. Program ini juga melibatkan 2 orang fasilitator. Kali ini, fokus dan penekanan dibuat secara bimbingan individu dan melibatkan tajuk coordinate geometry sahaja.

Wednesday, September 30, 2009

IMPORTANT POINTS TO NOTE

1. All calculations involving decimals must have an accuracy of at least 4 significant figures and the final answer must be rounded off to at least 4 significant figures.

2. An exception to the 4 significant figures rule mentioned above is the calculation of the values to be used in the plotting of graphs. In this case, the values should be rounded off correct to 2 decimal places (2 "varying" figures).

2. DO NOT use o = . ALWAYS use o = 3.142.

3. DO NOT use correction fluid or correction tape. Just a simple cancellation will do.

4. Make full use of the List of Formulae given in the question paper.

5. ALWAYS double check your transfer of the final answer to the answer space provided.

6. All answers involving fractions must be in the lowest form.

7. For the sketch of trigonometric functions, give ONLY the final sketch.

8. For all straight line graphs especially those in the "Linear Law", the line of best fit must be drawn using a long ruler.

9. In finding the roots of quadratic equations. It is best for the weaker students to immediately use the quadratic formula and give the answer correct to 4 significant figures.
Note: Scientific calculator can be used to get the answer but the quadratic formula must be written and
correctly substituted.

10. Questions that requires the candidate to STATE a value, no working is needed, just give the answer.

PENGHARGAAN DARIPADA BAPA MURID

Penghargaan dan ucapan terimakasih telah diucapkan oleh Tn. Hj. Razali kepada cikgu-cikgu yang telah mengajar anak-anaknya semasa bersekolah di SMKA TAHAP. Kini, anak-anaknya telah berjaya menjawat jawatan sebagai doktor perubatan, doktor falsafah dan peguam.

KLINIK ADD. MATHS FORM 4

Klinik Add. Maths, untuk murid-murid tingkatan 4 yang telah dikenalpasti bermasalah dalam pencapaian subjek ini, telah diadakan pada hari Rabu 30 September 2009, dari jam 2.30 petang hingga 11.00 malam. Usaha ini telah dilakukan, dengan harapan murid-murid ini akan dapat dipulihkan pencapaian mereka sebelum tahun hadapan. Klinik ini, telah dikendalikan oleh Pn. Hjh. Noraini dan Cik Razidah.

Tuesday, September 29, 2009

BENGKEL PEDAGOGI GURU MATEMATIK TAMBAHAN DAERAH 2009


Taklimat urusetia oleh En. Mohamad Rosli bin Rashid,Pegawai Matematik Sains PPD Jerantut, telah membuka tirai untuk bengkel pedagogi guru-guru Matematik Tambahan daerah tahun ini. Bengkel yang melibatkan 16 orang peserta dan 4 orang fasilitator ini telah diadakan di Pusat Kegiatan Guru Temin pada 29 - 30 Sept. 2009.

PIPP 2006 - 2010

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 - 2010 ( PIPP ), telah dihuraikan dengan jelas dalam laman sesawang Jemaah Nazir Sekolah. Maklumat lanjut boleh didapati DI SINI

PECUTAN AKHIR PMR 2009

SMKA TAHAP, telah mengadakan pecutan akhir untuk pelajar PMR 2009, bermula pada Isnin 28 September. Pelajar diagihkan kepada 4 kumpulan mengikut pencapaian peperiksaan percubaan PMR baru-baru ini. Pecutan untuk subjek Matematik telah diadakan pada Isnin jam 2.00 petang hingga 11.00 malam, manakala untuk subjek Sains ialah pada hari Selasa bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang.

MESYUARAT POSTMORTEM KEPUTUSAN PERCUBAAN SPM 2009

Pada hari Selasa, 29 September 2009, telah diadakan mesyuarat postmortem keputusan percubaaan SPM, bermula jam 2.30 petang. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Pengetua, GPK-GPK, KB-KB dan semua guru yang mengajar tingkatan lima.

Monday, September 28, 2009

TIPS MENJAWAB KERTAS 3472/2

  • Read quaestion carefully
  • Follow instruction
  • Start with your favourite question
  • Show your working clearly
  • Choose the correct formula to be used.
  • Final Answer must be in the simplest form. Check answer.
  • The end answer should be correct to 4 S.F
  • Use 1 paper for 1 question

KARNIVAL SEDEKAD PEMBESTARIAN SEKOLAH


Sambutan sedekad pembestarian sekolah telah diadakan pada 09 hingga 13 April 2009, di SMKA Sandakan Sabah. Kami dari SMKA TAHAP telah dipilih untuk mewakili Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia. Peserta dari SMKA TAHAP, terdiri daripada Pn. Hjh. Robiah ( Pengetua ), Pn. Hjh. Noraini ( Ketua Bidang Sains Matematik ), En. Nawawi ( GPB Bestari ), Pn. Hasma ( Guru Inovatif 2007 ), Sdri. Adibah dan Sdri Rasyidah Hanan.

GOTONG ROYONG LORONG SAINS MATEMATIK







Untuk menceriakan lorong informasi Sains Matematik, guru-guru bidang Sc Mt bersama dengan pelajar telah membuat mural.

" M.A.S "

KERTAS 1 ialah tajuk functions, Quadratic Equations, Quadratic Functions, Indices and logarithms, Coordinate Geometry, Circular measures, Statistics, Progression, Integration, Vectors and Probability Distributions.

Sunday, September 27, 2009

PIPP

Dua pendekatan, iaitu kesemarakan peluang pendidikan dan kecemerlangan institusi pendidikan dan kecemerlangan institusi pendidikan dengan mewujudkan kluster pendidikan.
Teras 1 ialah membina negara bangsa, Teras 2 ialah membangun modal insan. Teras ke 3 ialah memperkasakan sekolah kebangsaan, teras ke 4 ialah merapatkan jurang pendidikan , teras ke 5 ialah memartabatkan profesion keguruan dan teras ke 6 ialah melonjakkan kecemerlangan institusi.

Friday, September 25, 2009


Kem Add. Math Fasa III, telah diadakan di dewan makan asrama SMKA TAHAP. Semua pelajar tingkatan 5, yang akan mengambil SPM tahun 2008 teah terlibat dalam kem selama 3 hari 2 malam ini. Tiga orang fasilitator telah memberi khidmat bantu yang terbaik. Mereka ialah Pn. Hjh. Noraini bt Mohamed Hussin, En. Zahari Mamat dan Cik Razidah Hamzah.

SMKA TAHAP

Besesuaian dengan visi sekolah, menjadi sekolah cemerlang peringkat kebangsaan menjelang 2010, kini SMKA TAHAP, telah berjaya menghasilkan ramai cerdik pandai dan ahli profesional. Untuk mendapat maklumat lanjut tentang sekolah saya, sila layari DISINI

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU MATEMATIK TAMBAHAN DAERAH 2009

PPP Jerantut, dibawah pengurusan Pegawai Akademik En. Mohamad Rosli b. Rashid, akan mengadakan kursus, khas kepada guru-guru Matematik Tambahan daerah . Kursus tersebut akan diadakan pada 29 - 30 September 2009, bertempat di PKG Temin. Ini melibatkan lima orang fasilitator, iaitu Pn.Hjh. Noraini, En. Zahari, En. Rizal dan Cik Azma