Friday, February 5, 2010

LAWATAN PEGAWAI MATE. SC PPDJ

Jumaat, 5 feb. 2010, bermula jam 10.45 pagi, En. Mohamad Rosli b. Rashid, Pegawai Matematik Sains PPD Jerantut, telah membuat lawatan kerja ke SMKA TAHAP. Telah berlangsung sesi berbincangan di bilik pengetua bersama Tn. Pengetua, Pn. Hjh. Robiah dan Ketua Bidang, Pn. Hjh. Noraini

LaDaP TAHAP 2010

Khamis, 4 feb. 2010, bertempat di makmal TMK, telah berjalan Latihan perkembangan staf bertema pengurusan panitia. Fasilatitaornya ialah Pn. Hjh. Robiah bt Hassan, iaitu Pn. Pengetua. Peserta kursus terdiri daripada semua ketua panitia dan setiausaha panitia. Turut hadir ialah Pn. Mastura ( GPK 1 ), Pn. Hjh. Noraini ( KB Sc Mate ) dan Pn. Hjh. Nor Ana ( KB Pend. Islam ).

KEM DINOTRED II PETROSAINS

Rabu, 3 Feb. 2010, Kem Dinotred II Petrosains khas untuk guru-guru Sains Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah daerah Jerantut dan Lipis. SMKA TAHAP diwakili oleh Pn. Siti Sopiah. Seramai lima orang fasilitator yang diketuai oleh En. Shafiq dari Petrosains telah melaksanakan tugas dengan jayanya. PPD Jerantut diwakili oleh En. Mohd. Rosli Rashid. Pn. Hjh. Robiah, pengetua SMKA TAHAP telah memasak gulai masam tempoyak ikan patin, khas untuk fasilitator dari Petrosains, Kuala Lumpur.