Sunday, April 10, 2011

KEM KECEMERLANGAN MATEMATIK TAMBAHAN FASA I/2011

Buat pertama kalinya untuk tahun 2011, kem kecemerlangan Add, Math telah diadakan di dewan study Aspura SMKA TAHAP pada 8 hingga 10 April 2011. Program ini melibatkan seramai 108 orang calon SPM tahun ini dengan dibantu oleh 4 orang guru yang berperanan sebagai fasilitator. Guru-guru yang terlibat ialah Pn. Razidah, En. Fozi, Hjh. Noraini dan En. Zahari. Tajuk-tajuk yang diber penekanan ialah Index Number, Solution of Triangle dan Vector. Program bermula pada hari Jumaat jam 9.00 hingga 11.00 malam. Pada hari Sabtu, jam 8.30 pagi hingga 11.00 malam dan pada hari Ahad, jam 7.00 pagi hingga 4.30 petang. Sambutan daripada pelajar sangat memuaskan. Aktiviti ini mendapat sokongan penuh daripada pengetua dan GPK 1.

No comments:

Post a Comment