Sunday, August 22, 2010

JOM MASAK KEK

KEK BUAH CAMPURAN KUKUS

1. Ayakkan bersama 550 g tepung gandum, 2 camca cream of tartar dan 2 camca soda bikarbonat.
2. 375 atau 400 g buah campuran, gaul dengan bahan yang diayak tadi. Peram selama 1 hingga 2 jam.
3. 8 biji telor gred A atau B, pukul bersama 300 g gula.
4. 2 buku butter ( 500 g ), pukul hingga kembang. Masukkan telor yang dipukul tadi. Masukkan tepung yang diperam bersama buah campuran tadi.
5. Pindahkan adunan ke dalam acuan kek atau periuk khas.
6. 300 g gula pasir dihanguskan
7. Tuang cepat-cepat ke dalam adunan dan kacau cepat-cepat
8. Kukus selama 4 hingga 5 jam dengan api yang sederhana. ( pastikan air dalam periuk kukusan telah pun mendidih ). Selepas 2 jam, tambahkan air yang mendidih ke dalam periuk kukus supaya air dalam periuk tidak kering.
9. Tutup tudung periuk dengan tuala.

No comments:

Post a Comment